TENTANG KAMI

Tudung Berkualiti, Gaya & Keselesaan Untuk Anda

SUKAT adalah pembekal tudung koshibo 2 lapis berkualiti tinggi yang menyediakan pilihan tudung yang selesa, ringan, kemas dan mudah dibentuk untuk kegunaan setiap hari. Kami memahami bahawa setiap pelanggan mempunyai gaya, keperluan dan pilihan warna yang berbeza, sebab itu kami menawarkan koleksi tudung dalam lebih 70 pilihan warna menarik daripada tona lembut dan pastel hingga warna yang lebih elegan dan bold.

Setiap tudung direka untuk memberikan keselesaan sepanjang hari serta mudah digayakan mengikut kesesuaian anda. Selain pilihan warna yang pelbagai, SUKAT turut menerima tempahan custom size mengikut ukuran dan keperluan pelanggan. Koleksi kami sesuai untuk pelbagai kegunaan termasuk pemakaian harian, ke sekolah, ke pejabat, menghadiri majlis, kegunaan korporat, uniform, reseller, butik dan pembelian secara pukal.